Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2005

Alhamdulillah.. Segala puji bagiMu Ya Allah!
Hari ini tercapailah sudah cita-cita
Impian murni ayah bonda termateri sudah
Ya.. Ana kini seorang muhandis
Biiznillah seorang jurutera Perodua Manufacturing
(Engineer at PVD Department. Staff No.: 707587)
 

Menjadi muhandis al-an telah jadi nyata
Rencam rasa menyelubungi jiwa sukma
Doaku semoga segalanya khair
Agar mampuku jejaki perjuangan ala Fathi Yakan
Berstatus engineer jua dae’i wa mujahid liridhalLah
 
Menjadi muhandis itu satu ‘ibadah
Itu yang aku maklum lewat definisi ‘amal
Andai niatmu mencari redhaNya
Dan nawaitumu demi mencari rezeqi halal kurniaanNya
Dalam menikmati setitis rahmat kasih sayangNya
 

Menjadi muhandis juga upaya iman
Jika bekerja dengan azam mengabdi padaNya
Dengan ikhlas dan amanah menjadi prinsip
Tekun dan cekap menjadi etika usaha
Hingga membenarkan wasilah ikhtiar dan tawakkal
 

Menjadi muhandis mesti tinggi fikir
Bagaimana kerjaya mampu menjadi zikir
Lalu syukur dalam melorongkan haluan diri
Harus kritis bagaimana dakwah bisa jadi realiti
Dalam ehwal dan bi’ah penuh materialis
 
Menjadi muhandis kadangnya berkrisis
Bila matlamatnya hubbud dunia semata
Yang dilihat cuma untung dan laba
Hingga kadangnya hidup menjadi tiada nilai
Lalu sembrono memusnah dengan teknologi
 
Ya Allah..
Anta maqsudi wa ridhaka matlubi
Maka jadikanlah aku muhandis bertaqwa
Yang tidak terfana’ dengan rakusnya nafsu serakah
Jua tidak kan hanyut dengan tipuan bak fatamorgana
Biarlah wasatiyyah mampu menjadi sebahagian akhlaqku
Supaya memberi manfaat buat diri dan ummah seluruhnya
Agar akhirnya..
Dunia dan Akhiratku kedua-duanya terbela!
 
MUHTAR SUHAILI
Perodua Office, Rawang
18 April 2005, 12.25pm.

Advertisements

Read Full Post »

IZZAH FI GHURBAH

Izzah Fi Ghurbah
(Izzah dalam keterasingan)
Ghurbah yuhyi Sahwatuna
(Keterasingan menghidupkan kesedaran)
Sahwahtuna Lil Wahdah
(Kesedaran untuk kesatuan)
Wahdah ILaL Nahdah
(Kesatuan ke arah kebangkitan)
Li Ya’Luwa Islamuna
(Agar Islam itu yang teratas)
 

Izzah fi Ghurbah
Ghurbah (dagang) bukan Gharabah (kepelikan)
Ghurbah bukan wahsyah (kesepian)
Ghurbah unsah bi Jiwar rabbih
Mengerti Ghurbah menganjak minda
Menghayati Ghurbah menjana syaja’ah
Syaja’ah sibghah Rabbani
 

Izzah fi Ghurbah
Ghurbah lahirkan izzah
Izzah Ghuraba’
Ghuraba’ pendukung
Amr’ ma’ruf nahi munkar
Ghuraba’ tidak gentar
Izzah perisai menuju ILaHi
 
Izzah terbina
Tatkala ghareeb
Alim dalam arus kejahilan
Penghidup Sunnah
Pengelak Bid’ah
Saat muslimin bak buih
Du’attun ILaLLaH
Ghareeb di dunia dan Akhirat
Saeedun bibisyarah miNaLLAH
(Berbahagia dengan khabar gembira dari ILaHi)
 
Ghareeb Du’attun ILaLLAH
Penyatu ummah dalam khilaf
Khilaf dirasai rahmah
Bagi melonjakkan ummah ke arah sahwah
 
Ghareeb peneraju wahdah
Meyakini sinar sahwah
Sahwah satu bisyarah
Sahwah… Sahwah Islamiyyah
Kesedaran Islam
Harapan sang ghareeb
 
Peneraju Wahdah
Tetap ghareeb
Menerajui wahdah
Agar ummah ini bangkit
Menggegarkan arus Nahdah 
Nahdah Islamiyyah
 
Nahdah bayangan tenaga dan semangat
Nahdah lonjatan Kalimah Tauheed
Nahdah pembangunan holistik
 

Hadirnya Islam satu Ghurbah
Namun ia satu ketentuan
Ghuraba’ membina arus
Arus nahdah melalui wehdah
Ghuraba’ menuju destinasi haqiqi
 
Ya ILaHi Ya Rabbi Ya Mursyidi…
Kekalkan daku dalam Ghurbah RedhaMU
Thabatkan jiwa menuju arus Sahwah Islamiyyah
Tunjukkan daku jalan Nahdah
Nahdah dalam RedhaMU
Agarku layak bersama para Siddiqin
 
Moga ALLAH MengurniakanKu Syahadah
Andai daku tidak diizinkan bersama Nahdah
Harapan padaMU cuma…
ILaHi… Ghaffar…Raheem…
MaghfirahMU pelepasan nerakaMU
Pulihkan Hati RinDu SyAhaDah
SyurgaMU destinasi sang ghareeb.
 
(Nukilan… insan merenungi, mengerti, menghayati, menghargai nilai Ghurbah dalam membina Izzah MenujuMU ILaHi.)
 

BINTU SAMSURI

Read Full Post »

UntukMU kuabadikan diri ini
Yang sememangnya milikMU
Tika mengenangkan keagungan
Serta kemuliaanMU
BelaianMU yang menusuk qalbu
Tak mampu kutangkis jauh
ZikirMU satu ketenangan
Ku pasrah padaMu ILaHi
 

ILaHi ILaHi ILaHi
Begitu mudah diri ini terpedaya
Namun, ILaHi kan terus
Menegur dan mengingatkanku
Berpeganglah pada matlamatmu
Matlamat kejadianmu
Agar kan sentiasa dalam
Iyyaka na’budu wa iyyaka nastain
 

Aku yang dhaif lagi mengharap
Yang sentiasa takut pada murkaMU
Yang merasa keterasingan tanpaMU
Yang malu pada kemurahan serta rahmatMU
Yang sentiasa mahukan didikanMU
 
Akanku terus berusaha
Meningkatkan nilai keikhlasan
Nilai ketaqwaan
Nilai hidup
Di bawah lembayung
Iyyaka na’budu wa iyyaka nastain
 
Mencoret punya budaya tersendiri
Bermula dengan penciptaan qalam
Disusuli dengan lauh
ILaHi yang berkuasa
Telah mencoret untuk kemudahan insan
Betapa Rahimnya ILaHi
Tidak KAU uji melainkan
Dengan kadar kemampuanku
 
UntukMU ILaHi Aku Mencoret
Akanku berusaha mencoret
Mencoret hingga saatku dijemput
Mencoret insan-insan
Yang akan meneruskan perjuangan
Menegakkan KalimahMU
KalimahMU yang sentiasa
Ya’lu wala Yu’la Alaih
 
(Buat sahabat-sahabat serta teman-teman seperjuangan… bersamalah kita terus mencoret insan-insan…)
 

BINTU SAMSURI

Read Full Post »