Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Jun 2004

Kita sebenarnya mati
Walaupun jasad kita berdiri
Mata berkelip tetapi lidah terbelit
Nadi berdenyut tapi hati terhanyut
Mulut berkumit tapi jiwa tersepit
 

Kita sebenarnya bisu dalam berkata
Hujah bagai angin lalu
Tersisih tanpa lekat
Hambar tawar tanpa intipati
Janji demi janji terus dinodai
 

Kita sepatutnya berani
Walaupun ia menyakitkan hati
Kerana yang benar tetap benar
Di manakah arca diri kita sendiri?
Di manakah peradaban bangsa kita selama ini?
Di manakah susuk quwwah ummah masa kini?
 

Kita sepatutnya berdiri di sini
Dengan semangat waja
Dengan keyaqinan dan iman di dada
Dengan ilmu yang luas dan minda terbuka
 
Kita sebenarnya kuda kayu
Ditunggangi dalam arah yang bercabang
Dek kemodenan palsu nan menipu
Dalam kancah kehidupan yang kian lara
 
Lupakah engkau pada sejarah kegemilangan lalu
Abu Bakar As-Siddiq dengan taat setianya
Umar Al-Khattab dengan kecerdikan dan ketangkasannya
Uthman Al-Affan dengan kelembutan akhlaqnya
Sayyidina ‘Ali Karramallahuwajhah dgn semangat pahlawannya?
 
Justeru…
Marilah kita kembali tugu sasa
Bangunkan bangsa kita dari tidur lena
Bangkitkan ummah dari mimpi ngeri
Suapkan mereka dengan kesedaran
Mabukkan mereka dengan roh jihad
Dan gilakan fikiran mereka dengan kefahaman Islam
 

Bangunlah…
Bangkitlah…
Kita bina hidup baru
Di bawah panji-panji Allah!!!
 
MUHTAR SUHAILI
Pelikan Office, Peine
16 Jun 2004.

Read Full Post »

12 Jun 2004
Pinggiran jalan kota Hamburg
 
Hingar bingar…
Celaru…
Haru biru berdentuman
Muzik tenat memekakkan
Irama bingit bertempikan
Lalu semua mata tertumpu
Pada satu perarakan raksasa
Pada pesta iblis laknatulLah
Pada festival gila lagi menggila
 

Ku perhati dengan hairan
Aku melirik dengan sadis
Puluhan kenderaan berhias
Treller berbaris panjang
Ribuan manusia bak mabuk kepayang
Menari bagai syaitan panas
Bersorak laksana haiwan buas
Melalak bak kurang siuman
Dan bernyanyi seolah phirana ganas
 

Lantas ku bertanya sangsi
Apakah festival gila ini?
Apakah perayaan durjana ini?
 
Akhirnya ku maklum
EuroPride Hamburg 2004 diberi nama
3-14 Jun 10 hari pesta Jahannam
Festival Gay dan Lesbian
Festival homoseks pencinta sejenis
500, 000… ya setengah juta meraikan
Tua muda malah segalanya hadir si sini
Dan kalimat sial ‘Love Breaks Barriers’ dicanang dihebah…
 

Nauzubillahi min zalik…
Sebelum ini yang ku tahu
Cinta tidak mengenal usia…
Tapi di sini ku tahu
Cinta tidak mengenal jantina…
2 bulan lebih aku di bumi Jerman ini…
‘Erotic Shops’ melata-lata
Kekasih bercumbu rayu di khalayak
Berasmara dana perkara biasa
Malah boleh disaksi di mana-mana
 

Tapi hari ini…
Sabtu, 12 Jun 2004
Sejarah dalam hidupku
Ku melihat dengan mata nyata
Ku saksi dengan penglihatan pasti
Pasangan sesama jantina bergomol bercanda
Lelaki sesama lelaki bercumbu rayu di khalayak
Perempuan sesama perempuan berasmara dana di mana-mana
Tanpa segan silu..
Tanpa rasa malu..
Tanpa… tanpa… dan tanpa segala…
 

Lalu… Kutertunduk bisu…
Namun pastinya tidak membenarkan
Jauh sekali menyokong mendokong…
 
Waimma…
Kaum Luth moden kian bermaharajalela
Manusia sesat ini makin menokok menambah
Gaya hidupnya sah di sini
Diiktiraf atas nama hak asasi manusia
Mendapat restu parti-parti politik
Beroleh mandat untuk berpersatuan
Malah punya kesaksamaan di sisi undang-undang
Yang dibobrokkan atas nama kebebasan dan keadilan.
 
Maka…
Persoalan-persoalan menerawang
Tanda-tanda tanya mengetuk fikiran
Ketakutan kecemasan menjelma di minda
Kekalutan kebimbangan hadir di hati
Mungkinkah tragedi Sadum berulang lagi
Mungkinkah bala akan tertimpa lagi
Mingkinkah jahiliyyah atas jahiliyyah akan terus dipersada
Atau mungkin juga Yaumul Qiyamah di pinggir masa…
 
Wahai diri dan insani…
Ingatlah, sedarlah
Mengertilah, fahamilah
Ayuh hindar petaka ini
Ayuh bunuh bencana ini
Ayuh tempur gejala ini
Ayuh humban maksiat ini
Ayuh persetan durjana ini…
 
Ya Allah…
Ampunilah hambaMu
Kasihanilah ciptaanMu
Maafkanlah khalifahMu
Dan limpahkanlah lautan maghfirahMu…
 
MUHTAR SUHAILI
Hamburg
12 Jun 2004, 4.57pm.  

Read Full Post »

Palestin…
Masihkah mendenyuti jantung hati
Masihkah mengaliri urat nadi
Masihkah membasahi minda aqli
Masihkah menghembusi nafas lahiri
Masihkah menghempasi ombak sanubari
Masihkah menderasi tasik rohani
Masihkah menusuki rasa naluri
Masihkah menyusupi rongga jasadi
Masihkah mengobori roh jihadi
Masihkah dijiwai ummah insani?
 
Masihkah di hati…?

MUHTAR SUHAILI
Hannover
5 Jun 2004, 1.43pm.

Read Full Post »

Di sini…
Di bumi Jerman ini
Kuadaptasi masa
Memerhati kehidupan
Mentafsir keinsanan
 

Di sini…
Kumemerhati kehidupan
Kebinasaan melata
Katanya ‘inilah kemajuan’
Kataku ‘ya, kemajuan dalam kemusnahan’
Kemajuan tanpa nilai
Kemajuan  yang tiada pimpinan
Maju yang mazmumah berhamburan
Maju yang mungkar bertebaran
Maju yang maksiat berbobrokan
Dan pastinya…
Maju yang tidak abadan abada 

Di sini…
Kumentafsir keinsanan
Kuziarahi Tembok Berlin pemisah bisu
Ya… dulunya pemisah dua fikrah
Namun kini…
Saksi penyatu tiada tara
Makmur maju yang Timur dan yang Barat
Bersatu yang komunis dan pejuang demokrasi
Kerana apa…
Mahu maju bersama
Membangun selari
Agar duduk sama rendah
Berdiri sama tinggi
 
Di sini…
Ku bertanya sendiri
Akan bersatukah ummah ini?
Akan kembalikah quwwah itu?
Mengapa ummah ini terus bercerai-berai?
Mana dia Ummatan Wahidah?
Mana dia Khaira Ummah?
Mana dia Masyarakat Madani?
Sedang antara kita…
Tiada tembok batu
Punya aqidah yang satu
Punya fikrah yang padu
Malah dipanji syahadah yang jitu…
 
Di sini…
Kuselami nilai jiwa, nilai insani
Hikmah naluri, hikmah manusiawi
Kudasari nikmat kesabaran
Kumengerti nilai persahabatan
Beza kenalan dengan kawan
Beza teman dengan sahabat
Lalu kupasti dan kutemui
Jawapan tuntas penyatu keramat
Ukhuwwah berlandas aqidah salimah
Iman kukuh nan sahih
Amal qudus nan soleh
Mahabbah fillah
Dan habluminallah wa habluminannas.
     
MUHTAR SUHAILI
Peine OT Vohrum
1 Jun 2004, 9.46pm.

Read Full Post »