Munafiq..
Aku benci munafiq..
Aku benci kemunafiqan!
(Semoga aku tidak membenci diri sendiri. Amiin)
MUHTAR SUHAILI
Di Mana-Mana Jua
Bila-Bila Masa Sahaja.
MUNAFIQ
Ogos 13, 2007 oleh Muhtar Suhaili
Ogos 13, 2007 oleh Muhtar Suhaili
Munafiq..
Aku benci munafiq..
Aku benci kemunafiqan!
(Semoga aku tidak membenci diri sendiri. Amiin)
MUHTAR SUHAILI
Di Mana-Mana Jua
Bila-Bila Masa Sahaja.
Bacakan aku puisimu,
Dalam kalam yang nyata,
Dengan alun syahdu yang aku sendiri tahu.
Benarkan aku melihat dunia,
Melalui pandangan mata hatimu,
Biar kita jauh,
Tapi matlamat kita satu,
Kita sama-sama cari,
Redha DIA.
Kenal atau tidak kita,
Atas dasar cinta ini,
Telah kau ajari aku,
Erti secebis tenang dalam berjuang,
Erti sebuah tekad,
Dan erti dalam sebuah hidup.
Bacakan aku puisimu,
Sahabat kalamku,
Biar kita dan mereka yang mencari ini merasa,
Kita tidak sendirian,
Dalam menempuh jalan.
Bacakan aku puisimu,
Sahabat jauh beribu batu,
Supaya aku dapat telan keinsafan ini,
Menjadi darah dan nadi.
Teruslah berbai’ah, teruslah menulis, teruslah berjalan, melihat dan mentafsir.