Khabar gembira dari laut
Kala tugas di pelantar bertaut
Saat minyak di dasarnya dikaut
Tika kehendak industri kian diturut
Mencurah bakti duniawi sebelum maut
Khabar gembira dari laut
Rezeki dari Allah disyukuri amat
Kerana redhaNya ditabur khidmat
Demi kesinambungan kehidupan umat
Semoga kita bersyukur atas segala nikmat
Khabar gembira dari laut
Saujana membiru airnya kelihatan
Ikan-ikan berenang ria sekawanan
Mentari menyinar terang menawan
Menghiasi dada bumi sungguh mendamaikan
Dan…
Khabar paling gembira dari laut
Aku melihat DIA dalam keindahan!
MUHTAR SUHAILI
Pelantar KNDP-A, Sabah
26 April 2007, 5.19pm.
[...] merupakan kali pertama saya ke offshore dan alhamdulillah melalui fikir sedar, ada satu perkara yang saya rasa wajar untuk dianalogikan [...]
[...] “Khabar Gembira Dari Laut.. Kala Tugas Di Pelantar Bertaut..” [...]