Melintasi lampu isyarat
Di bawah bangunan berpuluh tingkat
Di tengah-tengah
Kota yang megah
Sedang aku mencari erti
Apa itu indah
Apa itu suci
Lalu melintas gadis berpurdah hitam
Inginku tanya ke mana arahnya
Mungkinkah ada jawapan di sana
Sampaikan
Sampaikan utusan mulia
Sampaikan
Sampaikan itu jawabnya
Duhai gadis berpurdah hitam
Lambang keimanan
Cahaya kesucian
Bawalah aku ke arah tujuan
Ertinya indah kalau beribadah
Ertinya suci bersihkan diri
Kumpulan Kembara
Lagu: M. Nasir / Senikata: S. Amin Shahab
GADIS BERPURDAH HITAM
April 17, 2007 oleh Muhtar Suhaili

Bismillahirrahmanirrahim..
Saat aku mengenakan furdah.. tiada kata2 yang dapat kuungkapkan untuk meluahkan ketenangan yang kurasai.. aku bersyukur dalam titisan air mata.. kerana dengan rahmatnya.. aku berpeluang untuk berfurdah..